DUNIA
Gempa bumi 6.0 skala Richter landa pantai timur Kamchatka, Semenanjung Minahassa
Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan besar atau amaran tsunami dikeluarkan susulan kedua-dua gempa itu. - Gambar hiasan
BEIJING: Dua gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter masing-masing melanda pantai timur Kamchatka di Rusia dan Semenanjung Minahassa di Sulawesi pada Selasa, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Gempa pertama berlaku pada 2328 GMT di kawasan pantai timur Kamchatka dengan pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer, terletak pada 52.26 darjah utara dan 159.99 darjah timur.
Beberapa minit kemudian, pada 2332 GMT, gempa kedua menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi dengan kedalaman 113.3 kilometer, berpusat pada 0.11 darjah selatan dan 123.15 darjah timur.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan besar atau amaran tsunami dikeluarkan susulan kedua-dua gempa itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda pantai timur Kamchatka di Rusia dan Semenanjung Minahassa di Sulawesi pada Selasa.
- Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) melaporkan gempa pertama berlaku di Kamchatka pada 2328 GMT, manakala gempa kedua melanda Sulawesi beberapa minit kemudian.
- Tiada laporan mengenai kerosakan besar atau amaran tsunami susulan kedua-dua gempa tersebut.