DUNIA

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Argentina

Astro Awani 07/09/2023 | 04:40 MYT
Gempa berlaku jam 7.48 pagi (UTC08:00) pada kedalaman 171 kilometer, dengan pusat gempa dikesan di wilayah Neuquen, barat Argentina, 25km timur-tenggara bandar Loncopue. -USGS
BUENOS AIRES: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud melanda kawasan pantai barat Argentina pada Rabu.

Menurut USGS, gempa berlaku jam 7.48 pagi (UTC+08:00) pada kedalaman 171 kilometer, dengan pusat gempa dikesan di wilayah Neuquen, barat Argentina, 25km timur-tenggara bandar Loncopue.

Gempa bumi dilapor dirasai di bahagian tengah dan selatan negara jiran Chile.

Pihak berkuasa Argentina mahupun Chile bagaimanapun tidak melaporkan sebarang kerosakan setakat ini.



#gempa bumi #Argentina #Chile #Loncopue