Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
DUNIA

Gempa bumi 6.3 magnitud landa Nusa Tenggara Timur, Indonesia

Bernama 27/10/2025 | 02:35 MYT
Gempa berlaku pada 4.28 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak 82km ke barat laut Kabupaten Timor Tengah Utara pada kedalaman 75km. - Foto Astro AWANI
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia awal pagi Isnin tanpa berpotensi mencetuskan tsunami, menurut kenyataan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Xinhua.

BMKG dalam laman webnya memaklumkan gempa itu berlaku pada 4.28 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak 82 kilometer (km) ke barat laut Kabupaten Timor Tengah Utara pada kedalaman 75km.

Koordinat pusat gempa direkodkan pada latitud 9.06 darjah selatan dan longitud 123.97 darjah timur.

"Gegaran dirasai penduduk di sini namun tidak mencetuskan panik. Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau korban jiwa. Kami terus memantau sebarang potensi risiko," kata Ketua Unit Kecemasan Agensi Pengurusan Bencana Nusa Tenggara Timur, Gasper Losa Manisa.

-- BERNAMA


#gempa bumi #Indonesia #Nusa Tenggara Timur