[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
DUNIA

Gempa bumi 6.6 magnitud gegarkan Afghanistan-Tajikistan

Mariah Ahmad 10/04/2016 | 15:14 MYT
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak 153 kilometer ke tenggara Taloqan, Afghanistan dan 4,438 kilometer ke barat laut Padang Besar, Perlis. - Foto Facebook MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.6 skala Richter berlaku di sempadan Afghanistan-Tajikistan pada 6.28 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak 153 kilometer ke tenggara Taloqan, Afghanistan dan 4,438 kilometer ke barat laut Padang Besar, Perlis.

MetMalaysia turut memaklumkan pusat gempa dikenal pasti di kedalaman 200 kilometer di bawah permukaan laut.

A strong earthquake has occurred at 06:28pm 10/04/16,36.5N 71.2E with magnitude 6.6 and depth...

Posted by Malaysian Meteorological Department on

Setakat ini tiada ancaman tsunami direkodkan.
#Afghanistan-Tajikistan #gempa bumi #jabtan meteorologi malaysia #MetMalaysia