Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC

81766870577_TaiwanEarthquake.jpg
BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan daerah Yilan, Taiwan pada 11.05 malam Sabtu (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada latitud 24.67 darjah utara dan longitud 122.06 darjah timur.

Menurut pusat itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 60 kilometer.

Gempa bumi itu dirasai di seluruh Taiwan, dengan gegaran bangunan yang ketara.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dikeluarkan di pulau itu.

-- BERNAMA



Must Watch Video