INTERNATIONAL

Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

Agensi 13/01/2025 | 14:16 MYT
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi. - Gambar Astro AWANI/USGS
KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.

Tsunami 20 sentimeter kemudian direkodkan sampai ke bandar Miyazaki yang mempunyai populasi kira-kira 400,000 orang, lapor penyiar awam NHK

Tiada keadaan luar biasa dilaporkan di Loji Kuasa Nuklear Ikata di barat Jepun atau Loji Tenaga Nuklear Sendai di wilayah Kagoshima, kata NHK, merujuk kepada dua loji yang paling hampir dengan tempat gempa itu berlaku.

JMA sedang menyiasat sama ada gempa itu berkaitan dengan Palung Nankai, kata NHK.




#gempa bumi #tsunami #loji #luar biasa