TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan timur laut dan utara Jepun pada Isnin, susulan itu amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Kyodo News Agency.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa yang berlaku pada 4.53 petang itu mencatat intensiti atas 5 pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap, selain berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Advertisement
Agensi itu meramalkan ombak tsunami setinggi sehingga tiga meter melanda pantai Pasifik di wilayah Hokkaido dan Iwate dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA-KYODO