INTERNATIONAL
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman

Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku kira-kira 209 kilometer di barat daya ibu kota Pulau Cayman, George Town.
MOSCOW: Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa, menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) seperti yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.
Terdahulu, agensi itu melaporkan bahawa satu gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku kira-kira 209 kilometer di barat daya ibu kota Pulau Cayman, George Town pada Sabtu.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami