DUNIA
Gempa bumi 7.6 skala Richter gegar kawasan perairan Chile
Satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 turut berlaku di kawasan sama pada kira-kira 6.34 petang waktu tempatan (2134GMT) dengan kedalaman 10 kilometer.
ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan Drake Passage pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa berlaku di kawasan perairan antara Cape Horn di Amerika Selatan dan Antartika pada kira-kira 5.29 petang waktu tempatan (2029GMT) dengan kedalaman 10 kilometer (kira-kira 6.2 batu).
Pusat Amaran Tsunami Pasifik memaklumkan bahawa amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini untuk Chile telah dibatalkan dan tiada lagi ancaman tsunami dilaporkan.
Susulan itu, satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 turut berlaku di kawasan sama pada kira-kira 6.34 petang waktu tempatan (2134GMT) dengan kedalaman 10 kilometer.
-- BERNAMA