DUNIA
Gempa bumi 7.8 magnitud landa Jepun
Beberapa warga Jepun sedang berkumpul di kawasan terbuka ketika gempa bumi berlaku. - Gambar Twitter
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud menggegarkan Pulau Bonin, Jepun pada Sabtu.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi itu berlaku pada 6.30 petang waktu tempatan.
Kawasan berpenduduk paling dekat dengan pusat gempa adalah Pulau Chichi-Shima dengan jumlah penduduk kira-kira 2,000 orang.
Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 677 kilometer di bawah dasar laut. Namun belum ada kerugian dan mangsa dilaporkan.
Agensi meteorologi Jepun bagaimanapun memberitahu, tiada amaran tsunami dikeluarkan.