DUNIA

Gempa bumi bermagnitud 4.8 gegar Tarakan, beberapa bangunan rosak

Bernama 05/11/2025 | 15:51 MYT
Gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter melanda bandar pesisir Tarakan di Kalimantan Utara pada Rabu, menyebabkan orang ramai berlari keluar daripada pusat beli-belah apabila gegaran kuat melanda kawasan itu.
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter melanda bandar pesisir Tarakan di Kalimantan Utara pada Rabu, menyebabkan orang ramai berlari keluar daripada pusat beli-belah apabila gegaran kuat melanda kawasan itu.

Gempa bumi yang berlaku pada 5.37 petang waktu tempatan itu menyebabkan kerosakan pada sebuah hospital, kemudahan di Lapangan Terbang Juwata Tarakan serta beberapa bangunan lain, menurut Agensi Pengurangan Bencana Negara (BNPB) Indonesia.

"Penilaian awal melaporkan dua rumah rosak teruk, dua rosak sederhana dan tiga pusat beli-belah turut terjejas," kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Agensi Pengurangan Bencana Daerah (BPBD) Tarakan masih menilai tahap kerosakan sepenuhnya, katanya.

Penduduk turut melaporkan merasai gegaran selama kira-kira lima saat, khususnya di Daerah Tarakan Barat serta kawasan Karang Rejo dan Mamburungan.

BNPB menasihati orang ramai supaya kekal tenang serta tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang belum disahkan.

-- BERNAMA

#gempa bumi #Tarakan #Kalimantan utara #gegaran kuat