DUNIA
Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan wilayah Bushehr, Iran
Gempa bumi magnitud 5.2 melanda Daerah Asaluyeh, Iran selatan, pada Ahad. -Foto USGS
ISTANBUL: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 melanda Daerah Asaluyeh di Wilayah Bushehr, selatan Iran pada pagi Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA, kejadian itu berlaku pada kedalaman 18 kilometer.
Pusat gempa dikesan berada pada kedudukan 24 kilometer (15 batu) dari Asaluyeh, 32 kilometer (20 batu) dari Kushknar di Wilayah Hormozgan, dan 45 kilometer (28 batu) dari Galehdar di Wilayah Fars.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda diterima.
Iran terletak dalam zon aktif seismik dan sering dilanda gempa bumi yang dahsyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Antara bencana paling tragis dalam sejarah moden negara itu adalah pada 2013, apabila gempa bumi dengan magnitud 6.7 melanda Bandar Bam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 34,000 nyawa.
Pada Julai 2022, satu lagi gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan wilayah selatan Hormozgan di sepanjang pantai Teluk Parsi, mengakibatkan lima kematian dan lebih 80 mangsa cedera.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Gempa bumi magnitud 5.2 melanda Daerah Asaluyeh, Iran selatan, pada Ahad pagi, dengan kedalaman 18 kilometer, tanpa laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
- Iran, negara dalam zon aktif seismik, sering dilanda gempa bumi dahsyat; tragedi terbesar pada 2013 di Bandar Bam mengorbankan 34,000 nyawa.
- Julai 2022, gempa bumi magnitud 6.1 di selatan Hormozgan menyebabkan lima kematian dan lebih 80 cedera, menunjukkan ancaman gempa di kawasan itu.
Menurut laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA, kejadian itu berlaku pada kedalaman 18 kilometer.
Pusat gempa dikesan berada pada kedudukan 24 kilometer (15 batu) dari Asaluyeh, 32 kilometer (20 batu) dari Kushknar di Wilayah Hormozgan, dan 45 kilometer (28 batu) dari Galehdar di Wilayah Fars.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda diterima.
Iran terletak dalam zon aktif seismik dan sering dilanda gempa bumi yang dahsyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Antara bencana paling tragis dalam sejarah moden negara itu adalah pada 2013, apabila gempa bumi dengan magnitud 6.7 melanda Bandar Bam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 34,000 nyawa.
Pada Julai 2022, satu lagi gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan wilayah selatan Hormozgan di sepanjang pantai Teluk Parsi, mengakibatkan lima kematian dan lebih 80 mangsa cedera.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah magnitud gempa bumi yang melanda Daerah Asaluyeh di selatan Iran?
A: Gempa bumi yang melanda Daerah Asaluyeh di selatan Iran berjumlah magnitud 5.2. - Q: Apakah kedalaman gempa bumi yang berlaku di Daerah Asaluyeh tersebut?
A: Gempa bumi di Daerah Asaluyeh berlaku pada kedalaman 18 kilometer. - Q: Bagaimanakah kedudukan pusat gempa bumi tersebut berbanding dengan kawasan sekeliling?
A: Pusat gempa bumi dikesan berada 24 kilometer dari Asaluyeh, 32 kilometer dari Kushknar di Wilayah Hormozgan, dan 45 kilometer dari Galehdar di Wilayah Fars. - Q: Adakah terdapat laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi tersebut?
A: Sehingga kini, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda yang diterima akibat gempa bumi di Daerah Asaluyeh. - Q: Mengapa Iran sering dilanda gempa bumi yang dahsyat?
A: Iran terletak dalam zon aktif seismik, menyebabkan negara itu sering dilanda gempa bumi yang dahsyat, seperti tragedi 2013 di Bandar Bam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 34,000 nyawa.