Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa timur Taiwan

Bernama
April 7, 2024 15:19 MYT
Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur-timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9km. - Gambar hiasan
TAIPEI: Satu gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda perairan Daerah Hualien di Timur Taiwan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) seperti dilaporkan Central News Agency (CNA).
Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.
Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur-timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9km, menurut CWA.
Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien dan Yilan yang berukuran 4 pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan.
Ia juga amat dirasai di Taipei dan New Taipei.
Secara keseluruhan data CWA menunjukkan pada Ahad pukul 7.22 malam, berlaku 710 gegar penghujung sejak 3 April, lapor CNA.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Taiwan #lautan Pasifik #Hualien