Skip to main content

Dunia

Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar luar pantai Pulau Hachijo Jepun, gegaran dirasai di Tokyo

Sumber: Adobe Stock
Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira 9.02 malam waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 60km. - Gambar hiasan/Adobe Stock
Advertisement

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 5.5 melanda luar pantai Pulau Hachijo, kira-kira 280 kilometer (km) di selatan Tokyo pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.

Gegaran turut dirasai di ibu negara Jepun.

Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira 9.02 malam waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 60km, mencatatkan skala 3 daripada 7 skala intensiti seismik Jepun di Pulau Miyake dan Pulau Mikura, menurut agensi cuaca berkenaan.

Pusat gempa terletak pada latitud 33.7 darjah utara dan longitud 140.5 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

Must Watch Video

Advertisement