DUNIA
Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegarkan Gansu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Gempa bumi bermagnitud 5.5 menggegarkan Daerah Tebo di Wilayah Autonomi Gannan Tibetan, Wilayah Gansu, di barat laut China pada 2.56 petang Isnin (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC). - Foto hiasan
LANZHOU (China): Gempa bumi bermagnitud 5.5 menggegarkan Daerah Tebo di Wilayah Autonomi Gannan Tibetan, Wilayah Gansu, di barat laut China pada 2.56 petang Isnin (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.
Setakat 3.30 petang, tiada kemalangan jiwa dilaporkan di kawasan terjejas, namun pihak berkuasa tempatan memaklumkan terdapat kesan retakan pada beberapa bangunan.
Wilayah terbabit telah mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap 3 bagi bencana gempa bumi.
Pada masa ini, Daerah Tebo sedang menguruskan pemindahan segera penduduk dari kawasan berbahaya dan berusaha menilai sepenuhnya tahap kerosakan yang berpunca daripada gempa bumi itu.
Siasatan awal menunjukkan gegaran dirasai berhampiran pusat gempa di daerah itu, manakala bekalan kuasa, perkhidmatan komunikasi dan air di kawasan terjejas dilaporkan masih berada dalam keadaan normal.
Menurut beberapa penduduk di daerah terbabit, gegaran kuat yang dirasai menyebabkan orang ramai bergegas ke kawasan terbuka untuk menyelamatkan diri.
Tiada kerosakan struktur bangunan yang ketara diperhatikan setakat ini.
Susulan kejadian itu, sebanyak 20 kenderaan dan 120 anggota daripada pasukan bomba dan penyelamat Gannan telah dikerahkan ke lokasi.
Selain itu, sebuah pasukan bantuan tugas berat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lanzhou -- yang terdiri daripada 24 kenderaan, 120 anggota dan tiga ekor anjing pengesan - telah digerakkan, bersama-sama satu lagi pasukan dari wilayah jiran, Wilayah Autonomi Linxia Hui yang melibatkan 10 kenderaan, 60 anggota dan dua ekor anjing pengesan.
Lanzhou merupakan ibu negeri bagi Wilayah Gansu.
Pusat gempa dikesan pada latitud 34.06 darjah utara dan longitud 103.25 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer, menurut laporan yang dikeluarkan oleh CENC.
--BERNAMA-XINHUA