DUNIA

Gempa bumi bermagnitud 6.2 gegar Papua, tiada ancaman tsunami di Malaysia

Astro Awani 10/09/2022 | 04:57 MYT
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam hantaran di laman Twitter turut mengesahkan kejadian tersebut. - USGS
GEMPA bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Papua, Indonesia pada Sabtu.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia bagaimanapun memaklumkan gempa tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

BMKG menambah pusat gempa berada sekitar 262 kilometer (km) dari bandar Biak, pada kedalaman 16km.

Setakat ini tiada laporan berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam hantaran di laman Twitter turut mengesahkan kejadian tersebut.

Jabatan itu berkata, ia berlaku sekitar 8.05 pagi waktu tempatan, dan tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sejak semalam Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi berlaku di beberapa lokasi di Indonesia dengan magnitud 5.1, 5.2 dan 6.1.
#gempa bumi Indonesia #Gempa Papua #amaran tsunami