DUNIA

Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera

Bernama 06/02/2026 | 08:00 MYT
Gempa bumi magnitud 6.4 melanda perairan Pacitan, Jawa Timur, cedera tujuh orang dan merosakkan rumah di Jawa Timur dan Yogyakarta. -Foto USGS
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda perairan Pacitan, Jawa Timur pada awal pagi Jumaat, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera serta merosakkan beberapa buah rumah di beberapa kawasan di Jawa Timur dan Yogyakarta.


Ringkasan AI
  • Gempa bumi magnitud 6.4 melanda perairan Pacitan, Jawa Timur, cedera tujuh orang dan merosakkan rumah di Jawa Timur dan Yogyakarta.
  • Ketua BNPB, Abdul Muhari, mengesahkan pusat gempa di laut, 90 km tenggara Pacitan, tanpa ancaman tsunami.
  • Penduduk digesa kekal tenang, waspada terhadap gempa susulan, dan elak struktur bangunan rosak.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Data, Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari, berkata gempa bumi itu berlaku pada 1.06 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak di laut pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 90 km di tenggara Pacitan.

"Gegaran turut dirasai di kawasan sekitar, termasuk Trenggalek, Gunungkidul, Bantul dan Yogyakarta," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah bahawa tiada ancaman tsunami.

Abdul Muhari berkata gegaran kuat itu dirasai selama dua hingga tiga saat, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk, dengan laporan awal menunjukkan sekurang-kurangnya empat isi rumah terjejas.

Beliau berkata badan pengurusan bencana daerah (BPBD) telah digerakkan untuk memantau keadaan dan menjalankan penilaian pantas, manakala penduduk dinasihatkan supaya kekal tenang, berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan serta mengelak daripada struktur bangunan yang rosak.

-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah magnitud gempa bumi yang melanda perairan Pacitan, Jawa Timur?
    A: Gempa bumi melanda perairan Pacitan, Jawa Timur dengan magnitud 6.4.
  • Q: Berapa orang yang cedera akibat gempa bumi tersebut?
    A: Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan cedera akibat gempa bumi di Jawa Timur.
  • Q: Di mana pusat gempa bumi terletak?
    A: Pusat gempa terletak di laut pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 90 km di tenggara Pacitan.
  • Q: Apakah kawasan yang turut merasai gegaran gempa selain Pacitan?
    A: Kawasan seperti Trenggalek, Gunungkidul, Bantul dan Yogyakarta turut merasai gegaran akibat gempa bumi di Pacitan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh badan pengurusan bencana setempat selepas kejadian gempa bumi?
    A: Badan pengurusan bencana daerah (BPBD) telah digerakkan untuk memantau keadaan, menjalankan penilaian pantas, serta memberi nasihat kepada penduduk supaya kekal tenang dan berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.



#gempa bumi #Pacitan #Jawa Timur #Yogyakarta