DUNIA
Gempa bumi bermagnitud 6.8 gegarkan perairan Pulau Mindanao, selatan Filipina
Pusat gempa dikesan kira-kira 315 km ke tenggara Pulau Balut di perbandaran Sarangani.
MANILA: Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memaklumkan gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda kawasan luar pantai Wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada lewat Sabtu malam, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut institut itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada pukul 10.58 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km), dengan pusat gempa dikesan kira-kira 315 km ke tenggara Pulau Balut di perbandaran Sarangani.
Institut itu menyatakan bahawa gempa bumi itu dijangka tidak akan mencetuskan gegar penghujung atau menyebabkan kerosakan.
Filipina sering mengalami aktiviti seismik berikutan kedudukannya di sepanjang "Lingkaran Api" Pasifik, sebuah zon sempadan plat tektonik utama yang terkenal dengan kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi.
--BERNAMA-XINHUA