Gempa bumi bermagnitud 7.1 landa Sulawesi Utara, tiada amaran tsunami

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.58 malam waktu tempatan pada kedalaman cetek iaitu 17 kilometer di dalam laut.
JAKARTA: Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.1 melanda Melonguane, ibu kota Daerah Kepulauan Talaud di Sulawesi Utara, Indonesia pada Sabtu, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan atau laporan segera mengenai kerosakan.
Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.58 malam waktu tempatan pada kedalaman cetek iaitu 17 kilometer di dalam laut, kira-kira 52 kilometer ke tenggara Melonguane.
BMKG memaklumkan gegaran dirasai di kawasan berkenaan, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.
Agensi itu turut memberi amaran kepada penduduk agar kekal waspada terhadap kemungkinan berlaku gegar penghujung.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


