[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Gempa bumi bermagnitud 7.3 landa Kepulauan Tonga - CENC

Bernama 30/03/2025 | 21:45 MYT
Gempa bumi bermagnitud 7.3 melanda Kepulauan Tonga pada 8.18 malam Ahad (waktu Beijing).
BEIJING: Gempa bumi bermagnitud 7.3 melanda Kepulauan Tonga pada 8.18 malam Ahad (waktu Beijing), lapor agensi berita Xinhua berdasarkan maklumat daripada Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Pusat gempa itu dikesan pada latitud 20.30 darjah selatan dan longitud 173.75 darjah barat.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut laporan yang dikeluarkan oleh CENC.
-- BERNAMA
#gempa bumi #bermagnitud #Kepualauan Tonga #Pusat Rangkaian Gempa Bumi China