[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud gegar selatan Ushuaia, Argentina

Bernama 07/06/2025 | 14:15 MYT
Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan kawasan 289 kilometer (km) ke arah selatan Ushuaia, Argentina pada Sabtu.
BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan kawasan 289 kilometer (km) ke arah selatan Ushuaia, Argentina pada Sabtu.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada 1106 GMT, lapor Xinhua.
Pusat gempa bumi dengan kedalaman 10.0 km itu pada awalnya ditentukan pada 57.25 darjah latitud selatan dan 66.70 darjah longitud barat.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Ushuaia #Argentina #USGS