Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Gempa bumi berukuran 6.0 landa Pulau Caroline Barat, Mikronesia - GFZ

Bernama 13/10/2025 | 14:22 MYT
Gempa bumi dengan magnitud 6.0 melanda kawasan Pulau Caroline Barat, Mikronesia pada 11.11 GMT Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
HONG KONG: Gempa bumi dengan magnitud 6.0 melanda kawasan Pulau Caroline Barat, Mikronesia pada 11.11 GMT Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

Pusat gempa dengan kedalaman 10.0 kilometer itu pada mulanya ditentukan terletak pada latitud 7.24 darjah utara dan longitud 141.58 darjah timur.

-- BERNAMA

#gempa bumi #Pulau Caroline Barat #Mikronesia #magnitud