[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina

Bernama 23/01/2025 | 05:45 MYT
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada pagi Khamis, dengan kedalaman 32 kilometer dan berpusat kira-kira dua kilometer ke tenggara bandar Siocon. -USGS
MANILA: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.1 melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina seperti yang dilaporkan Xinhua.

Ringkasan AI
  • Gempa bumi dengan magnitud 6.1 melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada pagi Khamis, dengan kedalaman 32 kilometer dan berpusat kira-kira dua kilometer ke tenggara bandar Siocon.
  • Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memberi amaran bahawa gempa tektonik ini berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
  • Gempa bumi berlaku pada 11.41 pagi waktu tempatan.

Institut itu berkata gempa bumi berkenaan berlaku pada 11.41 pagi waktu tempatan pada kedalaman 32 kilometer (km), kira-kira dua km ke tenggara bandar Siocon.
Institut itu turut memberi amaran bahawa gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Filipina #Zamboanga del Norte #Siocon