Sekurang-kurangnya 77 terbunuh dan ratusan yang lain cedera selepas gempa bumi kuat 7.8 magnitud melanda kawasan perairan Ecuador lewat Sabtu waktu tempatan, kata Naib Presiden negara itu, Jorge Glas.
"Ketika ini jumlah kematian yang disahkan telah mencecah 77," kata Glas pada awal Ahad ketika mengemas kini maklumat terbaharu bencana itu.
Katanya, 588 yang lain cedera.
Gempa bumi itu dapat dirasakan di seluruh Ecuador termasuk di utara Peru dan selatan negara Colombia.
Susulan itu, pihak berkuasa mengisytiharkan darurat bencana enam wilayah yang teruk menerima kesannya.
Sebelum itu agensi pemantau gempa Amerika Syarikat USGS melaporkan satu gempa bumi kuat dengan kekuatan lebih rendah, 7.4 magnitud melanda negara itu.
Ia memaksa amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawasan perairan di Ecuador.
“Berdasarkan petunjuk awal, ancaman ombak tsunami berkemungkinan berlaku di sekitar 300 kilometer dari pusat gegaran,” lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Pergerakan kuat turut dirasai di bahagian utara dan selatan kawasan metro bandar Quito sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.
Kerosakan struktur yang teruk dilaporkan di sekitar penempatan pantai Manabi dan Guayas.
Di lapangan terbang di bandar pelabuhan Guayaquil, penumpang berpusu-pusu keluar dari terminal ketika gegaran berlaku.
Malah, dua gempa dengan magnitud 4.8 dan 7.8 menggegarkan kawasan yang sama selang 11 minit, kata USGS.
Agensi
Sun Apr 17 2016
Kerosakan struktur yang teruk dilaporkan di sekitar penempatan pantai Manabi dan Guayas. - Foto AFP
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.
13 ceroboh stesen TV semasa siaran langsung ditahan di Ecuador
Polis Ecuador pada Selasa menahan beberapa lelaki bersenjata yang menceroboh sebuah stesen televisyen awam di negara itu semasa sedang bersiaran langsung.
Lelaki bersenjata serbu studio televisyen Ecuador ketika siaran langsung
Presiden Ecuador, Daniel Noboa menandatangani perintah eksekutif yang mengisytiharkan konflik bersenjata dalaman.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wanita mati 'bangkit semula' ketuk keranda
Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial.
Angka kematian tanah runtuh di Ecuador meningkat kepada 50 orang
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di wilayah Chimborazo di bahagian tengah Ecuador pada 26 Mac lepas meningkat kepada 50 orang.
12 banduan maut, 3 cedera di penjara Ecuador
Pertempuran bermula pada petang Jumaat di dalam Penjara Litoral di Guayaquil.
Bandar pelabuhan Ecuador dilanda siri serangan bom
Tiga letupan itu berlaku di Alborada, Pascuales dan di kawasan pusat bandar bandar kedua paling ramai penduduk di negara itu dan di pusat perindustrian.
Sekurang-kurangnya 12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador
Gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan.