awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas

Bernama
Bernama
01/02/2023
03:40 MYT
Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Keadaan di daerah Khoy susulan gempa kuat yang melanda Iran pada Sabtu. - Foto REUTERS
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda barat laut Iran berhampiran bandar Khoy (780 kilometer dari utara Tehran) pada Sabtu (28 Jan).
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang manakala lebih 800 lagi cedera.
"Malaysia merakamkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat gempa bumi, serta kepada kerajaan dan rakyat Iran," menurut kenyataan itu.
Gempa susulan dijangka berlaku dan rakyat Malaysia di Iran dinasihatkan untuk terus berwaspada serta mengikuti perkembangan terkini dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia di Iran juga digesa untuk mendaftar dengan kedutaan menerusi talian telefon (+9821) 8807 2444 atau (+9821) 8807 8606 atau e-mel [email protected].
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, gempa bumi berintensiti tinggi dan sederhana telah melanda wilayah di selatan dan utara Iran, menurut laporan media.
Gempa bumi paling dahsyat melanda negara itu berlaku pada 2013 apabila sekurang-kurangnya 34,000 orang maut di bandar Bam di tenggara wilayah Kerman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Khov
#korban
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan