Gempa bumi Jakarta: Ini lima kawasan dikeluarkan amaran tsunami

Agensi
Ogos 2, 2019 13:21 MYT
Jakarta dilaporkan dilanda gempa bumi pukul 7.03 malam. - Gambar fail
Susulan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang menggegarkan Banten, Indonesia dan kawasan sekitarnya, Jabatan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) keluarkan amaran tsunami.
Memetik laporan Kompas.com, menurut Pengarah Bahagian Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Rahmat Triyono mengeluarkan amaran tsunami di lima wilayah ini;
1. Pandeglang Bahagian Selatan dengan status ancaman SIAGA (ketinggian maksimum 3 meter).
2. Pandeglang Pulau Panaitan dengan status ancaman SIAGA (ketinggian maksima 3 meter).
3. Lampung-Barat Pesisir-Selatan dengan status ancaman SIAGA (ketinggian maksima 3 meter).
4. Pandeglang Bahagian Utara dengan status ancaman WASPADA (ketinggian maksima 0.5 meter).
5. Lebak dengan status ancaman WASPADA (ketinggian maksimal 0.5 meter).
Penduduk dan pelancong di sekitar wilayah berstatus siaga dinasihatkan melakukan proses evakuasi segera.
Manakala bagi penduduk di sekitar wilayah berstatus waspada diminta untuk mengelakkan diri dari kawasan pantai dan sungai.
BACA: #GempaJakarta: Warga Jakarta kongsi situasi cemas
BACA: Jakarta dilanda gempa bumi 7.4 magnitud, berpotensi Tsunami
BACA: Indonesia keluarkan amaran tsunami
#gempa bumi #Indonesia #Jakarta #lima kawasan dikeluarkan amaran tsunami #tsunami