Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 30

Bernama
Januari 2, 2024 06:07 MYT
Keadaan bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Wajima, wilayah Ishikawa, Jepun. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Sekurang-kurangnya 24 orang maut di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo pada Selasa.
Susulan insiden itu, kebakaran tercetus di pusat pelancongan terkenal di sekitar pasar pagi Wajima hingga memusnahkan sekitar 200 bangunan.
Beberapa bangunan turut runtuh menyebabkan 14 orang tertimbus.
100 bangunan di Ishikawa musnah akibat gempa
Orang ramai turut mengalami kecederaan di wilayah Niigata, Toyama, Fukui dan Gifu akibat bangunan runtuh atau rosak.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata bahawa kerajaan telah menghantar beberapa pasukan pertahanan ke kawasan terjejas dan akan terus memberikan bantuan.
Sejak Isnin, Jepun telah dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi.
-- BERNAMA
#gempa bumi Jepun #angka kematian #amaran tsunami #2024