[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Gempa bumi kuat 6.8 magnitud gegar Chile

Astro Awani 27/12/2020 | 22:00 MYT
Gempa berkekuatan 6.8 pada Ahad jam 4.39 petang waktu tempatan itu berlaku berhampiran Valdivia di Los Rios Region. -USGS
LIMA:Satu gempa bumi dilapor berlaku sebentar tadi di perairan Chile.
Gempa berkekuatan 6.8 pada Ahad jam 4.39 petang waktu tempatan itu berlaku berhampiran Valdivia di Los Rios Region, lapor United States Geological Survey (USGS) dan German Research Centre for Geosciences (GFZ).
Menurut data awal, pusat gempa dikesan 149 kilometer (km) di barat laut Corral pada kedalaman 10 km.
Tiada maklumat berhubung kerosakan dilaporkan setakat ini.
Pihak berkuasa juga tidak mengeluarkan amaran tsunami.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gempa bumi #Chile #USGS #GFZ #gegaran #Valdivia #Los Rios Region