Gempa bumi kuat di barat Iran

Bernama
Ogos 26, 2018 03:02 MYT
Pusat gempa bumi itu terletak 34.3 darjah Utara dan 46.2 darjah Timur dengan kedalaman 72 km.
SATU gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter berlaku di Barat Iran pada pukul 6:13 pagi ini (waktu Malaysia).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, pusat gempa bumi itu terletak 34.3 darjah Utara dan 46.2 darjah Timur dengan kedalaman 72 km.
-- BERNAMA
#gegaran #gempa bumi #Iran #Malaysia