[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Gempa bumi kuat gegarkan Jepun

Bernama 05/05/2023 | 07:43 MYT
ISTANBUL: Gempa bumi kuat menggegarkan Jepun pada Jumaat, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi dengan magnitud 6.2 berhampiran pantai barat pulau Honshu melanda negara itu kira-kira 2.42 petang, lapor Agensi Anadolu memetik USGS.
Bagaimanapun, Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata magnitud gempa bumi itu adalah 6.3 yang menggegarkan wilayah Ishikawa dan kawasan sekitar tengah Jepun, lapor Kyodo News.
Tambah agensi cuaca itu, tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Jepun #Agensi Anadolu #Agensi Meteorologi Jepun