[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Gempa bumi kuat landa Jepun, amaran tsunami peringkat tinggi dikeluarkan

Agensi 01/01/2024 | 08:35 MYT
Agensi metereologi mengeluarkan amaran peringkat tinggi untuk Ishikawa dan peringkat rendah untuk seluruh pantai barat laut pulau Honshu. - AP Photo/Eugene Hoshiko
TOKYO: Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu pada Isnin.
Siri gempa bumi melanda Ishikawa dan wilayah berdekatan, dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Agensi berkenaan mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi untuk Ishikawa dan amaran peringkat rendah untuk seluruh pantai barat laut pulau Honshu.
[TERKINI] Jepun keluar amaran Tsunami peringkat tinggi susulan gempa bumi kuat
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Agensi media NHK melaporkan Hokuriku Electric Power sedang menyemak sebarang gangguan atau kerosakan di loji tenaga nuklearnya.
Ombak setinggi lima meter dipercayai akan sampai ke Noto di Ishikawa, menurut agensi kaji cuaca.
NHK juga menggesa orang ramai untuk melarikan diri ke tanah tinggi atau bangunan tinggi berhampiran secepat mungkin.
#gempa bumi #Jepun #tsunami #amaran tsunami