Gempa bumi kuat landa Laut Aegea, gegarkan Turki dan Greece

Agensi
Oktober 30, 2020 13:36 MYT
Beberapa bangunan di wilayah Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu. - Gambar REUTERS
ISTANBUL: Satu kejadian gempa bumi kuat melanda Laut Aegea pada Jumaat, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.
Memetik laporan Reuters, beberapa bangunan di wilayah Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.
Ia melanda sekitar jam 2:50 tengah hari waktu tempatan itu dirasai di sepanjang pantai Aegean di Turki dan barat laut wilayah Marmara.
Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu, dalam ciapan di Twitternya memberitahu, enam kejadian bangunan runtuh di dua daerah di wilayah tersebut.
Katanya, setakat ini masih tiada laporan mengenai mangsa yang terkorban.
Tinjauan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mendapati kedalaman gempa adalah 10 km dan pusat gempa berada 33.5 km dari pantai Turki.
Penduduk Pulau Samos, yang mempunyai sekitar 45,000 penduduk, diminta untuk menjauhkan diri dari kawasan pesisir pantai.
#gempa bumi kuat #Laut Aegea #Greece #Turki #USGS #Kajian Geologi Amerika Syarikat #Izmir