[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
DUNIA

Gempa bumi kuat landa utara Jepun

Bernama 31/05/2025 | 11:15 MYT
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), melaporkan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda utara Jepun pada Sabtu, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.
ANKARA: Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), melaporkan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda utara Jepun pada Sabtu, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Gempa berlaku berhampiran bandar Kushiro di pulau Hokkaido kira-kira 5.37 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan USGS.

Gegaran berlaku pada kedalaman 20 kilometer (12 batu), menurut agensi itu.

Sehingga waktu laporan ini diterbitkan, pihak berkuasa Jepun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan struktur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

-- BERNAMA



#gempa bumi #utara Jepun #USGS #Kushiro #Hokkaido