Skip to main content

Dunia

Gempa bumi kuat landa utara Laut Maluku, Indonesia

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.48 pagi tadi. - Gambar media sosial
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.48 pagi tadi. - Gambar media sosial

Advertisement

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.48 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi hantaran di Facebook, MetMalaysia memaklumkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) pada jarak 128 kilometer (km) dari Bitung.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“MetMalaysia sedang memantau kejadian ini,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement