DUNIA
Gempa bumi kuat magnitud 6.3 gegar utara Afghanistan, dua bulan selepas tragedi besar
Beberapa lelaki berjalan di atas runtuhan sebuah rumah yang rosak akibat gempa bumi bermagnitud 6 yang melanda Mazar Dara, di wilayah Kunar, Afghanistan pada 2 September 2025. - Foto fail/REUTERS
KABUL: Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 telah melanda utara Afghanistan awal pagi Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), hanya dua bulan selepas gegaran terdahulu meragut ribuan nyawa.
Ringkasan AI
USGS melaporkan bahawa gempa berlaku pada kedalaman 28 kilometer di kawasan Kholm, berhampiran bandar Mazar-i-Sharif dalam wilayah Hindu Kush, pada jam 12.59 pagi waktu tempatan (20.29 GMT).
Gegaran turut dirasai sejauh ibu kota Kabul, termasuk oleh wartawan AFP yang berpangkalan di sana.
Agensi pengurusan bencana Afghanistan memaklumkan bahawa laporan mengenai korban dan kerosakan akan dikongsikan selepas penilaian awal selesai.
Sebelum ini, pada 31 Ogos, gempa berukuran 6.0 di timur Afghanistan telah mengorbankan lebih 2,200 orang, menjadikannya antara yang paling dahsyat dalam sejarah negara itu.
Afghanistan terletak di zon seismik aktif, khususnya di sepanjang banjaran Hindu Kush, tempat pertemuan plat tektonik Eurasia dan India.
Sejak tahun 1900, timur laut negara itu telah dilanda sekurang-kurangnya 12 gempa bumi dengan magnitud melebihi 7, menurut pakar seismologi British, Brian Baptie.
Ringkasan AI
- Gempa bumi magnitud 6.3 melanda kawasan Kholm di utara Afghanistan awal pagi Isnin, hanya dua bulan selepas gegaran terdahulu yang meragut lebih 2,200 nyawa.
- Gegaran dirasai sejauh Kabul, dengan laporan awal mengenai korban dan kerosakan masih dalam penilaian oleh agensi pengurusan bencana Afghanistan.
- Afghanistan berada di zon seismik aktif, khususnya di banjaran Hindu Kush, yang sering mengalami gempa bumi besar akibat pertembungan plat tektonik Eurasia dan India.