DUNIA

Gempa bumi lemah landa Laut Sulawesi, gegaran dirasai sekitar Tawau

Astro Awani 29/01/2021 | 01:32 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi tersebut terletak 2.7 Utara dan 118.8 Timur dengan kedalaman 141 kilometer, iaitu 197 kilometer Selatan dari Semporna, Sabah.
KUALA LUMPUR:Gempa gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 skala Richter dilaporkan berlaku di Laut Sulawesi pada jam 1.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi tersebut terletak 2.7° Utara dan 118.8° Timur dengan kedalaman 141 kilometer, iaitu 197 kilometer Selatan dari Semporna, Sabah.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan itu.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#gempa bumi #Laut Sulawesi #gegaran #Tawau #Sabah #tsunami #Semporna