WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Semenanjung Kamchatka di Rusia berhampiran pantai Lautan Pasifik pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi, memetik Kajian Geologi AS (USGS).
Gempa bumi itu berlaku pada 3.35 petang waktu tempatan (0335 GMT), kira-kira 76 kilometer timur laut Ozernovskiy berhampiran hujung selatan semenanjung pada kedalaman 143.2 kilometer, menurut USGS.
Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dan tiada amaran tsunami.
-- BERNAMA-ANADOLU