ISTANBUL: Menteri pertahanan Turkiye memuji sokongan Malaysia terhadap negara itu yang dilanda dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan tenggara negara itu bulan lepas.
"Dalam usaha kerajaan menangani (kesan) gempa bumi dengan mengerahkan semua kekuatan kami, Malaysia menjadi antara negara yang menyokong kami sejak awal lagi," kata Hulusi Akar pada sidang media dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan di Ankara, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Akar berkata bantuan Malaysia merupakan cerminan persahabatan dan persaudaraan antara kedua-dua negara.
"Hubungan kami sangat membina dan positif. Hubungan antara kedua-dua negara mendapat momentum dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
Beliau berkata hubungan antara Turkiye dan Malaysia adalah berdasarkan persahabatan dan persaudaraan dan pertemuannya dengan rakan sejawatannya itu sangat produktif dan membina.
Kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala dan serantau serta kerjasama dalam latihan ketenteraan dan industri pertahanan.
Sebelum sidang media, Akar menyambut ketibaan Mohamad di Kementerian Pertahanan.
Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan pertemuan empat mata diikuti mempengerusikan bersama perbincangan antara delegasi.
Sementara itu, Mohamad berkata Malaysia telah menubuhkan hospital lapangan di wilayah Adyaman yang dilanda gempa bumi.
Beliau berkata kerajaan Malaysia juga akan menyumbangkan peralatan dan barangan untuk hospital medan Malaysia.
Pada 6 Feb, gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda selatan Turkiye, meragut lebih 50,000 nyawa.
Kira-kira 13.5 juta penduduk di 11 bandar termasuk Kahramanmaras, Adiyaman, Hatay dan Gaziantep terjejas akibat bencana itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Menteri pertahanan Turkiye memuji sokongan Malaysia terhadap negara itu yang dilanda dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan tenggara negara itu bulan lepas. - Foto Facebook/Mohamad Hasan

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

50,783 orang disahkan terkorban dalam gempa bumi kuat di Turkiye
Seramai 50,783 orang disahkan terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda Turkiye awal tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu.

Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.

Selepas 54 hari bayi terselamat dalam gempa bumi Turkiye disatukan dengan ibunya
Seorang bayi yang diselamatkan daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye disatukan dengan ibunya pada Sabtu, kira-kira 54 hari selepas bencana itu.

Malaysia sumbang sebahagian aset hospital medan kepada kerajaan Turkiye
Malaysia akan menyumbangkan sebahagian daripada aset-aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kerajaan Turkiye bagi membantu pemulihan perkhidmatan kesihatan di negara itu.

Gempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia
Menteri pertahanan Turkiye memuji sokongan Malaysia terhadap negara itu yang dilanda dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan tenggara negara itu bulan lepas.

Putera William, Kate Middleton lawat sukarelawan terlibat SAR gempa bumi di Turkiye, Syria
Pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales pada Khamis melawat sukarelawan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Gempa bumi: Ronaldo hantar bantuan ke Syria, Turkiye
Cristiano Ronaldo menghantar bantuan barangan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Gempa Turkiye: Anjing ditemui selepas 23 hari terperangkap di bawah runtuhan
Seekor anjing berjaya diselamatkan selepas tertimbus di bawah runtuhan selama 23 hari berikutan kejadian gempa bumi di Turki dan Syria, bulan lalu.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan, misi bantuan lain masih diteruskan
Hospital Medan masih beroperasi dan tabung bencana juga masih dibuka untuk orang ramai memberikan sumbangan.

Gempa bumi Turkiye: Angka korban kini mencecah 43,556
Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Feb kini meningkat kepada 43,556 nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu pada Rabu.