INTERNATIONAL

Gempa bumi Myanmar: Kerja pembersihan 80 peratus selesai di Mandalay

Bernama 05/05/2025 | 10:46 MYT
Jalan-jalan utama di Mandalay telah dibersihkan, manakala di Sagaing, pembersihan masih diteruskan dengan bantuan jentera berat. - Gambar fail/ Reuters
HANOI: Kerja-kerja pembersihan bangunan yang rosak akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada 28 Mac lepas kini hampir 80 peratus selesai di Mandalay dan kira-kira 50 peratus di Sagaing, menurut laporan media rasmi negara itu yang dipetik Agensi Berita Vietnam (VNA).

Ringkasan AI
  • Kerja-kerja pembersihan bangunan rosak akibat gempa bumi di Myanmar pada 28 Mac hampir 80% selesai di Mandalay dan 50% di Sagaing.
  • Jalan-jalan utama di Mandalay telah dibersihkan, manakala di Sagaing, pembersihan masih diteruskan dengan bantuan jentera berat.
  • Setakat 1 Mei, gempa bumi magnitud 7.9 di Myanmar telah meragut sekurang-kurangnya 3,835 nyawa, mencederakan lebih 5,000 orang, dan menyebabkan 105 individu masih hilang.

Akhbar Global New Light of Myanmar memetik laporan Jabatan Bomba Myanmar menyatakan bahawa jalan-jalan utama di Mandalay yang terjejas akibat gempa bumi telah dibersihkan daripada serpihan bagi mengelakkan halangan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Sementara itu di Sagaing, operasi pembersihan masih diteruskan dengan bantuan jentera berat untuk membuang serpihan daripada struktur besar yang terletak di kawasan tinggi.
Setakat 1 Mei, data rasmi menunjukkan gempa bumi dengan magnitud 7.9 di Myanmar telah meragut sekurang-kurangnya 3,835 nyawa, mencederakan lebih 5,000 orang dan menyebabkan 105 individu masih hilang.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Myanmar #Mandalay #kerja pembersihan