DUNIA
Gempa bumi Rusia: Gelombang tsunami landa pesisir Pasifik Jepun
NHK World melaporkan gelombang setinggi 60 sentimeter di beberapa lokasi termasuk Pelabuhan Kuji dan bandar Hamanaka, meningkat daripada 20 sentimeter yang direkodkan awal pagi tadi. -X NHK World
TOKYO: Jepun melaporkan kehadiran gelombang tsunami di seluruh pesisir pantai Pasifik susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud yang melanda Semenanjung Kamchatka, Rusia, pagi tadi.
Ringkasan AI
Menurut penyiar awam NHK World, gelombang setinggi 60 sentimeter direkodkan di beberapa lokasi termasuk Pelabuhan Kuji dan bandar Hamanaka, meningkat daripada 20 sentimeter yang direkodkan awal pagi tadi.
Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran gelombang boleh mencapai sehingga 3 meter, bergantung kepada kekuatan gegaran susulan dan perubahan arus laut.
Amaran tsunami kini berkuat kuasa di seluruh pesisir timur negara itu, dari Hokkaido hingga Wakayama, dan dijangka berterusan sekurang-kurangnya 24 jam.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri pantai, mengelak daripada memasuki laut, dan berpindah ke kawasan tinggi sehingga amaran ditarik balik.
Pakar seismologi dari Universiti Tokyo, Shinichi Sakai menjelaskan bahawa gempa bumi cetek seperti yang berlaku di Kamchatka berpotensi menghasilkan gelombang tsunami yang berulang dan tidak dapat diramal sepenuhnya.
Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan besar di Jepun, namun pihak berkuasa terus memantau perkembangan dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang susulan yang lebih besar.
Ringkasan AI
- Gelombang tsunami setinggi 60 sentimeter telah melanda seluruh pesisir Pasifik Jepun susulan gempa bumi 8.8 magnitud di Kamchatka, Rusia.
- Amaran tsunami berkuat kuasa dari Hokkaido hingga Wakayama dan dijangka berterusan sekurang-kurangnya 24 jam.
- Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar menjauhi pantai dan berpindah ke kawasan tinggi, dengan risiko gelombang susulan masih berkemungkinan berlaku.