DUNIA
Gempa bumi Rusia: Gelombang tsunami mula landa pantai Amerika Syarikat
Gelombang tsunami mula melanda pantai AS termasuk Alaska dan Hawaii susulan gempa bumi 8.8 magnitud di Kamchatka, Rusia. -Foto Reuters
WASHINGTON: Gelombang tsunami susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud di pesisir timur Rusia mula melanda pantai Amerika Syarikat (AS), termasuk Alaska dan Hawaii, menurut laporan terkini daripada agensi rasmi AS.
Ringkasan AI
Gelombang pertama dilapor melanda Kepulauan Aleutian di Alaska dengan paras air naik secara mendadak, manakala Hawaii mencatat peningkatan air di Kahului, Nawiliwili, Honolulu dan Pearl Harbour.
Siren amaran telah dibunyikan dan pemindahan penduduk ke kawasan tinggi sedang dilaksanakan.
Pusat Amaran Tsunami Amerika Syarikat menjangkakan gelombang seterusnya akan melanda kawasan pantai barat dalam beberapa jam, termasuk Oregon dan Washington sekitar 11.35 malam waktu Pasifik (2.35 petang waktu Malaysia esok).
California dijangka menerima gelombang sekitar 11.50 malam, termasuk Teluk San Francisco pada 12.40 pagi dan Pelabuhan Los Angeles sekitar 1.00 pagi waktu Pasifik.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa gelombang pertama mungkin bukan yang paling kuat, dan gelombang susulan yang lebih besar boleh berlaku.
Penduduk di kawasan pesisir digesa berpindah ke kawasan tinggi dan mematuhi semua arahan kecemasan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan persekutuan.
Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan besar diterima, namun pemantauan rapi diteruskan berikutan kemungkinan gegaran susulan dan perubahan arus laut yang tidak dapat dijangka sepenuhnya.
Ringkasan AI
- Gelombang tsunami mula melanda pantai AS termasuk Alaska dan Hawaii susulan gempa bumi 8.8 magnitud di Kamchatka, Rusia.
- Siren amaran dibunyikan dan pemindahan penduduk ke kawasan tinggi sedang dijalankan, dengan gelombang dijangka tiba di pantai barat AS dalam beberapa jam.
- Tiada laporan kematian atau kerosakan besar setakat ini, namun pihak berkuasa memberi amaran gelombang susulan yang lebih besar masih berkemungkinan berlaku.