Skip to main content

Dunia

Gempa bumi sederhana gegar Flores, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Sumber: MET MALAYSIA
MetMalaysia menegaskan gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Foto X/MetMalaysia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 magnitud melanda rantau Flores, Indonesia pada 8.46 pagi Isnin, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa terletak pada koordinat 8.4 darjah Selatan dan 121.5 darjah Timur, kira-kira 302 kilometer barat laut Kupang, Indonesia, pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) turut melaporkan satu gempa bumi berukuran 5.9 magnitud berlaku di wilayah Flores pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, MetMalaysia menegaskan gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda akibat kejadian tersebut.

Indonesia kerap mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang mempunyai aktiviti seismik dan gunung berapi yang tinggi.

 

 

Must Watch Video

Advertisement