Gempa bumi sederhana landa Mindanao

Astro Awani
Julai 9, 2022 01:45 MYT
penilaian awal MetMalaysia mengesahkan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada jam 9.08 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 168 kilometer tenggara dari Davao itu berlaku pada kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mengesahkan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
#gempa bumi #Mindanao #MetMalaysia #tsunami