Gempa bumi Turkiye: Fakta nombor anda perlu tahu

Astro Awani
Februari 12, 2023 02:36 MYT
Amat dahsyat, ini merupakan bencana terbesar dalam sejarah. - Foto Reuters
BENCANA gempa bumi yang berlaku di Turkiye dan Syria kini menjadi tumpuan masyarakat sivil dunia.
Gempa berkembar yang melanda 10 daerah di Turkiye pada Isnin setakat ini telah menyebabkan lebih 12,000 bangunan runtuh serta rosak.
Susulan itu Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan mengisytiharkan darurat bencana selama tiga bulan di daerah-daerah yang terlibat.
Berikut fakta nombor setakat ini:
Kematian: Sekurang-kurangnya 25,401 terkorban, lebih dari 18,400 dari kematian Fukushima, Jepun gempa bumi pada 2011. Jumlah angka terkorban di Turkiye kini dicatatkan pada 21,848 dan 3,553 mangsa direkodkan di Syria.
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA BUMI TURKIYE DAN SYRIA DI SINI
Kecederaan: Setakat ini, sejumlah 85,297 individu dilaporkan tercedera di Turkiye dan Syria.
Impak: 23 juta individu berkemungkinan terjejas akibat gempa bumi berkenaan, menurut Organisasi Kesihatan Dunia atau WHO. Menurut Ketua Bantuan dan Koordinator United Nations, Martin Griffiths, angka kematian di Turkiye dan Syria berkemungkinan akan 'berganda'.
Memetik laporan Sky News, 'ini amat mengejutkan. Melihat kepada keadaan sekeliling, masih ada lagi mangsa yang hidup di bawah timbunan runtuhan bangunan.
Impak ke atas infrastruktur: 12,000 bangunan dilaporkan hancur atau rosak di Turkiye. Pakar mencadangkan banyak yang terjejas akibat kelonggaran kod dan peraturan undang-undang.
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA BUMI TURKIYE DAN SYRIA DI SINI
Gempa susulan: 647 gempa susulan direkodkan selepas gempa bumi pertama berukuran 7.8 magnitud dan gempa kedua pada ukuran 7.5 magnitud, menurut Penguatkuasaan Pentadbiran Bencana Turkiye.
Gempa Bumi Turkiye | Erdogan: Gempa Isnin lepas bencana terburuk negara
Bantuan kemanusiaan: Lebih 40 negara sudah menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Turkiye dan Syria. Lebih 1.5 billion pound (RM7.9 bilion) disalurkan kepada Turkiye oleh Bank Dunia bagi membantu meringankan beban dan pembiayaan pembangunan semula. United Kingdom telah menyalurkan 11 juta pound, Perdana Menteri U.K. Rishi Sunak turut dilaporkan berkata, 5 milion pound akan diraih menerusi kempen awam.
BACA: Bank Dunia umum bantuan AS$1.78 bilion untuk Turkiye
Rakyat Malaysia yang terselamat: Setakat ini, 13 rakyat Malaysia terselamat daripada gempa, namun masih terperangkap di kawasan bencana. Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, kerajaan sedang berusaha membawa keluar kesemua rakyat Malaysia yang masih terperangkap di beberapa wilayah yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di selatan Turkiye itu.
BACA: Gempa bumi Turkiye: Kerajaan berusaha bawa keluar rakyat Malaysia
Individu yang telah diselamatkan: Lebih 28,044 individu telah meninggalkan bandar Kahramanmaras, salah sebuah daerah paling teruk terjejas akibat gempa yang berlaku awal pagi Isnin.
#Gempa bumi Turkiye #gempa bumi Syria #Recep Tayyip Erdogan #gempa bumi Hiroshima #gempa turkiye