INTERNATIONAL
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 berjaya bawa keluar 5 lagi mangsa

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 berjaya membawa keluar lima mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan lima tingkat di bandar Nurdagi, Wilayah Gaziantep pada Jumaat. - Foto ihsan SMART
GAZIANTEP: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 berjaya membawa keluar lima mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan lima tingkat di bandar Nurdagi, Wilayah Gaziantep di sini pada Jumaat.
Kelima-lima mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dikeluarkan dari runtuhan.
Kesemua mangsa terdiri darpada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, dan seorang kanak-kanak perempuan.
Pasukan SMART menggunakan peralatan khas dengan kaedah ‘cutting and breaking’ bagi mengeluarkan mangsa.Operasi mencari dan menyelamat dikatakan agak sukar kerana struktur runtuhan yang tidak stabil serta berbahaya.
Usaha mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan masih diteruskan ketika ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami