[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Gempa bumi Turkiye: Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa dihentikan sementara

Kenyataan Media 24/04/2025 | 05:35 MYT
Persidangan yang turut disertai seramai 94 pembentang antarabangsa itu walau bagaimanapun diteruskan di luar bangunan. - Gambar/ IRCIEF
ISTANBUL: SATU gempa bumi sederhana melanda Istanbul pada jam 12 tengah hari waktu tempatan, (jam 5 petang waktu Malaysia) mengakibatkan gangguan kepada beberapa aktiviti di bandar tersebut termasuk persidangan akademik antarabangsa.
Sekumpulan 13 orang pensyarah dari Universiti Islam Selangor (UIS) yang sedang berada di kampus Istanbul Sabahattin Zaim University (IZU) bagi menganjurkan 4th International Conference on Islamic Economic 2025, turut merasai gegaran tersebut. Delegasi UIS terdiri daripada penyelidik dan pensyarah dari Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF) yang turut membentangkan hasil penyelidikan mereka.
Atas nasihat pihak keselamatan IZU, penganjur terpaksa menghentikan sementara persidangan demi keselamatan semua peserta. Persidangan yang turut disertai seramai 94 pembentang antarabangsa itu walau bagaimanapun diteruskan di luar bangunan. Sesi penyampaian sijil yang sepatutnya berlangsung di dewan utama telah dipindahkan dan diadakan secara ringkas di taman kampus IZU.
Sesi penyampaian sijil yang sepatutnya berlangsung di dewan utama telah dipindahkan dan diadakan secara ringkas di taman kampus IZU.
Naib Canselor UIS, Datuk Prof Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, yang turut serta, tetap meneruskan sesi penyampaian tersebut dalam suasana sederhana tetapi penuh bersemangat, sambil menyatakan penghargaan kepada penganjur dan peserta atas komitmen mereka walaupun dalam keadaan tidak dijangka.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan peserta Malaysia, dan semua berada dalam keadaan selamat.
#gempa bumi #Turkiye #IRCIEF #Universiti Islam Selangor