[TERKINI] Helikopter PDRM Terhempas di Gelang Patah – Dua Anggota Polis Kritikal. Ikuti Laporan Penuh di Sini.
DUNIA

Gempa bumi Turkiye-Syria: Korban terus meningkat lebih 8,000

Astro Awani 08/02/2023 | 08:18 MYT
Lebih 79,000 anggota penyelamat ketika ini sedang giat mencari dan menyelamat mangsa yang masih tertimbus sebelum cuaca sejuk melampau melanda. - foto AP/Emrah Gurel
KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 8,700 setakat ini.

Menurut pihak berkuasa Türkiye, kira-kira 13.5 juta orang dianggarkan terjejas secara keseluruhannya.

Di Turkiye sahaja, angka korban kini mencecah lebih 6,000 manakala jumlah mangsa cedera pula lebih 37,000.

Di Syria pula, angka kematian meningkat kepada hampir 2,500 dengan kes kematian dilaporkan sehingga dari bandar hama,kira-kira 250 kilometer dari pusat gempa.


BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA BUMI TURKIYE-SYRIA DI SINI



Lebih 79,000 anggota penyelamat ketika ini sedang giat mencari dan menyelamat mangsa yang masih tertimbus sebelum cuaca sejuk melampau melanda.

Anggota penyelamat bagaimanapun berdepan kesukaran mengakses kawasan yang paling teruk terjejas, akibat jalan rosak, cuaca buruk dan kurang peralatan.

Setakat ini, angka kematian meningkat susulan gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis, pada awal Isnin.
#Gempa bumi Turkiye #gempa bumi Syria #kumpulan SMART #kesukaran akses kawasan gempa