[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

Gempa bumi Turkiye-Syria: UEFA, IOC tampil hulur bantuan

Astro Awani 11/02/2023 | 03:40 MYT
Kedua-dua agensi itu antara badan persekutuan sukan terkini yang menyediakan bantuan kewangan buat mangsa yang terjejas akibat gempa bumi kuat 7.8 magnitud di kedua-dua negara tersebut. -Gambar fail/Reuters
JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) dan badan bola sepak Eropah (UEFA) mengumumkan bantuan awal susulan tragedi gempa yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin.
Kedua-dua agensi itu antara badan persekutuan sukan terkini yang menyediakan bantuan kewangan buat mangsa yang terjejas akibat gempa bumi kuat 7.8 magnitud di kedua-dua negara tersebut.
IOC memperkenalkan dana kecemasan dan bakal menderma AS$1 juta (kira-kira RM4.3 juta) untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana tersebut, kata IOC pada Jumaat.
Manakala UEFA dan Yayasan UEFA untuk Kanak-kanak pula akan menyalurkan sumbangan awal sebanyak 200,000 euro (kira-kira RM927,400) sebagai menyokong operasi kemanusiaan di Turkiye dan Syria.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liga Perdana United Kingdom dalam maklumannya berkata akan menderma sejumlah satu juta pound (kira-kira RM5.2 juta) manakala pemain serta pegawai akan memakai lilitan lengan hitam ketika perlawanan Liga Perdana hujung minggu ini.
#gempa turkiye #UEFA #IOC #badan persekutuan sukan