Gempa di Korea Utara disyaki disebabkan pelancaran roket ketiga

Astro Awani
Februari 12, 2013 13:49 MYT
Parti politik berkuasa di Korea Utara menegaskan bahawa negara komunis itu akan terus menembak roket jarak jauh miliknya.
Bagaimanapun ia tidak menyebut mengenai pelancaran ujian nuklear sebagaimana dijanjikan sebelum ini.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen ia antara lain menyebut biro politik parti pemerintah Parti Buruh memberitahu ahlinya bahawa lebih banyak roket akan dilancarkan pada masa depan.
Malah parti itu juga akan mengadakan festival besar-besaran pada 27 Julai ini bagi memperingati Perang Korea pada 1950 hingga 1953.
Kenyataan itu menyusul kajian Geologikal Amerika Syarikat bahawa ia mengesan gempa dengan magnitud 4.9 magnitud di Korea Utara.
Letupan nuklear berupaya mencetuskan gegaran walaupun berbeza dengan bencana semula jadi.
Sehingga kini Pyongyang atau Seoul tidak mengesahkan jika satu ujian nuklear sudah dilancarkan di Korea Utara.
Bulan lalu, Korea Utara memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan sekutunya bahawa ia akan menjalankan ujian nuklear ketiganya.
Amaran diberi sebagai membantah tindakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan tambahan ke atas negara itu.
#gempa #Ketiga #Korea Utara #roket
;