INTERNATIONAL

Gempa kuat 7.6 magnitud landa Indonesia, Timor Leste

Astro Awani 09/01/2023 | 23:40 MYT
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan pusat gempa dikesan 427km di selatan pulau Ambon di Indonesia pada kedalaman 95km. -USGS
GEMPA bumi kuat 7.6 magnitud melanda perairan Indonesia dan Timor Leste awal pagi Selasa.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan pusat gempa dikesan 427km di selatan pulau Ambon di Indonesia pada kedalaman 95km.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pula melaporkan beberapa gegaran susulan pada magnitud 5.5.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Agensi itu berkata gegaran dirasai di kepulauan Timor, Maluku, dan Papua.

Gempa telah menyebabkan penduduk keluar menyelamatkan diri di jalanan di Tual, sebuah pelabuhan di kepulauan Maluku.

Beberapa rakaman video kejadian turut tular di media sosial.

Agensi geofizik Indonesia pada mulanya mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami, namun membatalkannya tidak lama kemudian.

Gempa turut dirasai sehingga ke Darwin, ibu kota Wilayah Utara Australia.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau mangsa kejadian setakat ini.



#gempa bumi #USGS #perairan Indonesia dan Timor Leste #BMKG